Nuffnang

Monday, September 29, 2014

Gubal akta khas lindungi kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu @APterkini @bmspenang



ALOR SETAR 29 Sept. - Kerajaan didesak supaya menggubal satu akta khas bagi melindungi kemuliaan dan kesucian institusi Raja-Raja Melayu dengan memperuntukan hukuman berat terhadap mereka yang melakukan sebarang bentuk penghinaan.

Melalui sidang akhbar bersama antara Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan Selangor di sini hari ini, kedua-dua pihak turut menggariskan enam lagi cadangan yang dirasakan perlu bagi menghalang perkara itu daripada terus berleluasa termasuk melucutkan taraf kewarganegaraan individu yang didapati bersalah.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi mengecam kebiadaban Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Setar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiou Leong yang mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baharu. - UTUSAN ONLINE
Sumber-

PPUM Selangor/Kedah Kecam tindakan biadap @GooiHsiouLeung ! @ppumonline @khairykj



Kenyataan Media ini dibuat berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, YB Gooi Hsiou Leung pada 24 September lalu menyentuh beberapa perkara yang menyinggung perasaan rakyat Selangor:

Perkara 1 KUASA SULTAN

1. Gooi Hsiou Leung menyarankan agar Menteri Besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali "membuat reformasi perlembagaan (negeri)" dengan mengurangkan kuasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ekoran krisis "Menteri Besar Selangor" yang berlangsung berbulan-bulan lamanya sebelum perlantikan Mohamed Azmin Ali.

2. Kenyataan Gooi seolah-olah menyalahkan Tuanku Sultan serta istana dalam krisis tersebut sedangkan Tuanku Sultan telah bertitah sewaktu majlis angkat sumpah Exco Negeri Selangor bahawa krisis ini sesungguhnya dimulakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sendiri terutamanya PKR dengan "Langkah Kajang" sehinggalah tersingkirnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

3. Pemuda Selangor mengecam saranan Gooi kepada Azmin Ali untuk mengurangkan kuasa baginda tuanku kerana keengganan tuanku menerima hanya satu nama iaitu Adun Kajang, YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ini adalah hak mutlak tuanku yang dibenarkan menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan saranan Gooi itu adalah satu yang biadap dan sangat kurang ajar dan kami Pemuda Selangor mahu dua perkara:

Asal Hujan jer Banjir. Banjir jer KAJANG mana @drwanazizah ?


Hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu.

Jurucakap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata, hujan lebat sejak 4 petang di sekitar Kajang menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan menjejaskan pekan itu.

Katanya, anggota penguat kuasa dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Pertahanan A

wam (JPAM) Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan pembersihan.

Flash Mob hapuskan #AktaHasutan tidak mendapat sambutan

GAGAL dan terus GAGAL, perkataan sesuai di ungkapkan untuk "Flash Mob" bantah akta hasutan petang tadi di Masjid Jamek, Sogo, Kuala Lumpur

hanya disertai sekumpulan kecik penyokong. Orang bawahan berpanas buat flashmob, orang atasan ketawa goyang kaki.

Sunday, September 28, 2014

Kadir Jasin Jangan Jadi BARUA pemusnah pemimpin!! @APterkini @bmspenang


1. A. Kadir Jasin nama besar dalam bidang penulisan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Secara personel #PBR mengikuti perkembangan penulisan Kadir Jasin ini sejak berjinak-jinak dalam bidang politik terutama penulisan blog, mana tidaknya Kadir Jasin ini seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. bab itu tidak boleh dinafikan. 

2.Tetapi bila sejak akhir-akhir ini gaya penulisan Kadir Jasin ini menunjukan kecelaruan identiti, menulis dengan emosi, sentiasa cuba cari ruang apa saja untuk menghentam PM, DS Najib Razak. #PBR melihat dari satu segi si Kadir Jasin ini cuba melepaskan dendam kesumat yang sudah lama terpendam. hasil risikan kawan-kawan ada yang mengatkan bahawa si Kadir Jasin ini FRUST tak dapat apa yang Di idamkannya, Kadir Jasin GAGAL dalam melobi jawatan Pengerusi Media Prima.

3. Sedikit Ringkasan yang #PBR boleh cerita mengenai Kadir Jasin yang semua orang wajib tahu!

2008 : A. Kadir Jasin kata pentadbiran Pak Lah paling teruk dalam sejarah UMNO & Pak Lah perlu letak jawatan & digantikan.

2009 : Najib Razak mewarisi pentadbiran yang telah dirosakkan oleh Pak Lah & Najib Razak lakukan beberapa tranformasi yang lebih baik dari Pak Lah.

SEKARANG :  Kadir Jasin mula pusing kata pentadbiran Pak Lah lebih baik dari Najib Razak & mahu UMNO desak Najib Razak sebagaimana dilakukan terhadap Pak Lah, (Hanya Orang Bodoh/Berbayar sahaja akan cakap Pak Lah Lebih baik dari DS Najib) akan tetapi Kadir Jasin gagal berikan satu nama yang ada dalam UMNO yang layak menggantikan Najib Razak. Kita tahu  Kadir Jasin tidak akan berhenti menyerang Najib Razak selagi hasrat dia tidak dipenuhi.Cukup-cukuplah Kadir Jasin 'game' tahun 2008 dah tak boleh pakai jadi elok kamu lupakan saja hasrat kamu untuk menjadi Pengerusi Media Prima. 



4.Kadir Jasin and the geng hanya  nampak satu aspek saja bila bilangan kerusi Parlimen berkurangan tapi jika Kadir ingin beri pandangan yang adil, kenapa bila di bawah DS Najib Razak, Kedah dan Perak berjaya dirampas semula dan kerusi UMNO bertambah, Kenapa Kadir Jasin tidak sebut? yang Pastinya Dari era YM Tunku ke Tun Razak . Tun Razak ke Tun Hussein . Tun Hussein ke Tun Mahathir dan hingga hari ini Semua pemimpin yang mengambil alih tampok pemerintahan terpaksa bekerja keras untuk melakukan perubahan dan kemajuan untuk negara . Yang pasti , UMNO TIDAK PERNAH GAGAL ! 
Sentiasa terkehadapan dalam berbagai hal . Jangan lah kerana seorang Kadir Jasin , kita berantakan.

5. DS Najib dah buat yang terbaik untuk kita semua kenapa masih nak cari kesalahan dia? Apa tak cukup kah pembangunan rohani dan jasmani yang berlaku sekarang ini, pencapaian ekonomi yang memberangsangkan dan diiktiraf antarabangsa serta dengan pelbagai kemudahan disediakan apa lagi yang Kadir Jasin nak dari Najib?Adakah ini juga satu usaha dari awal untuk menjatuhkan Najib dalam pemilihan Umno akan datang dan ada perancangan sulit untuk menaikkan individu tertentu? tak sabar nak tengok GAME Kadir Jasin ini seterusnya.






Wednesday, September 24, 2014

@Zahid_Hamidi Pertahan Melayu bukannya bermaksud anti Cina



Apa Salah Kita Pertahankan Asas-Asas dalam perlembagaan...? Apa salah orang Melayu/Bumiputera memperingatkan generasinya agar tidak lena dan bangkit pertahankan apa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan...?

Ingat! 1 Malaysia adalah kita menerima kehidupan kita sebagai rakyat Malysia yang pelbagai kaum dan agama... Kita terima apa yang terkandung jelas dalam Perlembagaan Malaysia... kenapa perlu takut? Tak kacau apapun hak orang bukan melayu/bumiputera...

Nik Aziz Ulangi Doa Pecah Perut Di #PRKPengkalanKubor

Post by Suararakyat Nibongtebal.


PRK Pengkalan Kubor yang berbaki satu hari sahaja lagi semakin panas apabila Mursyidul Am PAS , Nik Aziz mengulangi doa pecah perutnya semalam.Dalam satu ceramah di belakang Masjid Kampung Geting Pengkalan Kubor semalam , Nik Aziz sekali lagi berdoa !!

Cuma kali ini bukan untuk memecahkan perut sesiapa tapi berdoa supaya Allah mengerat lidah dan butakan mata pengundi supaya tidak nampak kecuali nampak bulan sahaja.

#prkpengkalankubor Hampir berpenghujung Kelibat DAP/PKR tak nampak-nampak !! @anwaribrahim @cmlimguaneng


 Tinggal baki dua hari lagi jer lagi tempoh berkempen bagi kerusi Dewan Undangn Negeri PRK Pengkalan Kubor, pemimpin tertinggi daripada PKR dan DAP sehingga kini tidak kelihatan.
Sejak daripada hari penamaan calon wajah-wajah seperti Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim kit Siang tidak kelihatan bagi membantu calon PAS untuk berkempen.Semalam buat kali kedua PAS mengadakan ceramah umum namun kelibat mereka (DAP dan PKR) langsung tidak kelihatan.
Mungkin ketidakhadiran mereka ini merupakan kesan daripada kegagalan dalam menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Penasihat Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hasan berkata pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan hadir dalam ceramah umum yang dianjur PAS semalam.Namun yang kelihatan hanyalah pemimpin daripada PAS sahaja.PAS sehingga kini keseorangan berjuang menentang Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Monday, September 22, 2014

#prkpengkalankubor Tak dapat Jadi calon PKR hantar Samseng Di #pengkalankubor @APterkini @mymassa




Hati-hati kepada Jentera BN di Pengkalan kubor , Sudah Ada makluman oleh Jentera di Sini,mereka Sudah Mula dikacau Oleh Samseng-samseng Tahi Kucing Di Pengkalan Kubor.Diharapkan Kepada Jentera-jentera Wanita Khususnya agar lebih berhati-hati ketika berkempen, adalah diawajibkan agar ada juga kaum lelaki yang menemani anda agar perkara tidak diigini tidak berlaku.

Adakah gambar diatas muka-muka samseng yang dihantar oleh PKR di PRK Pengkalan Kubor sebagaiamana berita yang turut ditutur oleh beberapa orang yang tidak dikenali disebuah kedai kopi dalam kawasan PRK beberapa hari lepas.

Sebahagian dari kalangan mereka dalam gambar diatas itu pernah bertugas di pilihan raya negeri Sarawak dan hampir dipukul oleh pemuda dinegeri itu kerana mulut longkang.

Mereka itu datang membantu atau mengacau?kalau di Sarawak mereka ini bernasib baik dapat balik semenanjung dengan muka tidak calar.

Mereka ini terkenal dikalangan Pakatan Rakyat sebagai pejuang tidak tentu hala demi Puterajaya idaman Anwar Ibrahim. Untuk makulman lebih Lanjut Sila KLIK SINI


#prkpengkalankubor #pengkalankubor PAS Plawok weyh!! @bmspenang @APterkini

Kah Kah kah Seperti meludah ke langit si pengarah Jentera PAS Pengkalan Kubor ni cakap!
lawak tahap cipan si Cikgu Wan Rahim ni cakap. Dia ni Dah taksub tahap kahak Hijau dah PBR tengok dia ni bercakap. dah maksum sangat kot Ajaran PAS yang masuk dalam kepala otak dia ni,

Kah Kah Kah!! yang Pastinya BN Akan memenangi PRK Pengakalan Kubor ini. Insyallah..

Gunakan Logo (R) Dalam Kempen #PRKPengkalanKubor SPR Jangan Jadi BARUA PAS! @bmspenang



Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan akan dikenakan terhadap parti PAS sekiranya papan iklan yang berlogo 'R' atau berkaitan isu Royalti yang digunakan sebagai bahan kempen parti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Pengkalan Kubor.

SPR mendakwa bahawa ia melanggar undang-undang yang ditetapkan. "Kita sedang buat semakan. Kalau didapati melanggar syarat, kita akan minta ia diturunkan, "Setakat ini kita belum terima lagi laporan rasmi, laporan ke lain mungkin ada tapi di pihak SPR kita belum terima lagi," kata Hashim.

Hashim juga berkata, sepanjang tempoh berkempen, SPR menerima tiga laporan perlanggaran syarat oleh kedua-dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS. Selain itu, kesalahan lain yang dibuat termasuklah meletakkan bendera di lampu isyarat dan menggunakan poster atau bendera parti yang tidak bertanding.

Saturday, September 20, 2014

#PRKPengkalanKubor Wajib Tahu! Siapa & parti mana yang membela nasib mereka #pengkalankubor

BEBERAPA SENARAI PROJEK KESAN LANGSUNG YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI #PENGKALANKUBOR.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek - 67.0 Juta
Lokasi - Tujoh
Tarikh Mula - 25 September 2006
Tarikh Siap - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
- Bil.Guru 59 Orang
- Bil.Bukan Guru 31 Orang
- Bil.Kelas 28

Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek - 58.6 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 12 September 2004
Tarikh Siap - 10 Mac 2007

Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.
Kos Projek - 12.3 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 April 2006
Tarikh Siap - 15 Ogos 2010
Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014
Rm 1571,597.63

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek - 5.06 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 15 September 2011
Tarikh Siap - 29 November 2012
Impak Projek. - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.
Kos Projek - 3.0 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 Januari 2006
Tarikh Siap - 27 Disember 2010
Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

Masjid Kubang Sawa.

Kos Projek - 1.6 Juta
Lokasi - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula - 28 Januari 2010
Tarikh Siap - 31 Mac 2011
Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

Projek Penapis Air 1 Malaysia.
Kos Projek - 0.2 Juta
Tarikh Mula - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap - 22 November 2012
Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Mampukah Pas melakukan perkara yang sama seperti ini , atau hanya galok berkempen di pentas ceramah yang pada hakikatnya tiada apa satu benda yang boleh menselesakan rakyat jelata ?

#PRKPengkalanKubor @azwanbro Pemuda BN terus Giat Berkempen #pengkalankubor @bmspenang @APterkini


Usaha-usaha Pemuda BN untuk mendekati pengundi di Pengkalan Kubor di jangka berterusan.Trend begini diharapkan berterusan bilamana kempen sudah mula masuk Fasa ke 2.

#PRKpengkalankubor @PASPusat @DPPMalaysia tidak lagi Iktiraf NGO R

Dengan tidak semena-mena PAS buat hal lagi ,yang terbaru berkaitan PRK di Pengkalan Kubor ! Screenshot  fan Page Facebook rasmi yang digunakan PAS diatas mula tersebar sejak semalam memaklumkan bahawa pihak PAS tidak mengiktiraf NGO R yang baru-baru ini dikesan berkempen untuk parti tersebut. kemelut ini belaku dengar khabarnya NGO R ini lebih kuah dari sudu. Apa taknya mereka ini tidak mendengar arahan yang diberikan Oleh Pemimpin PAS Setempat agak mematuhi guideline yang diberikan oleh PAS Tumpat.

 Sebelum itu , NGO R dikesan melakukan kempen dalam PRK Pengkalan Kubor dengan mengedarkan risalah tentang tuntutan royalti minyak.NGO ini juga turut memasuki premis-premis kerajaan dan melakukan kempen secara terang-terangan supaya pengundi memilih calon PAS.Serentak dengan itu pelbagai pihak tampil mengutuk tindakan NGO terbabit dan sikap PAS yang membisu seolah-olah membenarkan NGO R ini untuk terus menyebarkan dakyah mereka.

Friday, September 19, 2014

Tahniah @AdamAdli belayar la kau selama 12 Bulan di dalam Penjara! #bersamopakate


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas bekas pemimpin pelajar Adam Adli Abdul Halim, setelah didapati bersalah atas tuduhan hasutan.Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pihak pendakwa telah membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
 
Adam Adli dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah selepas pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.Terdahulu, peguam Adam Adli, Latheefa Koya dalam mitigasinya berkata ia adalah kesalahan pertama Adam Adli yang masih belajar undang-undang di sebuah kolej swasta.Pesalah pertama di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau maksimum tiga tahun penjara.

Thursday, September 18, 2014

#pengkalankubor Fitnah Pas pada @cikgumatrazi terbongkar!



Haji Razi tak dikenali ? Itu kata kata fitnah orang Pas, mari kita jenguk kata orang Kampung Pengkalan Kubor pulak .



Ambik nak!!.. Ramai juga di kalangan anak beranak Wan Rosdi telah beralih arah dari Pas kepada BN .

Ambo setuju juga dengan keadaan ramai penyokong Pas kini menyokong BN tanda protes kepada Pakatan . Bukan kerana tak sayangkan Pas tapi semangat perpaduan kesepakatan dalam Islam diamallkan BN jauh lebih mengikut cara Quran daripada Tahaluf-Siyasi yang membuatkan Pas tertunduk bisu kepada harbi.


KLIK SINI

#Pengkalankubor Pengerusi Tetap PAS DiBelasah Perwakilan PRO ANWARINAS? @bmspenang


PAS bukan sahaja sedang berperang di Pengkalan Kubor tetapi turut berperang sesama sendiri dalam muktamar yang diadakan.Tahukah kita bahawa apa yang berlaku dalam muktamar pemuda PAS itu merupakan senario yang tidak pernah berlaku sebelum ini.KEGAGALAN ini membuktikan betapa PAS bukan sahaja sudah tercemar tetapi dibanjiri oleh agen-agen anwarinas yang sememangnya tidak senang dengan sikap dan kepimpinan ulama.

 Bukan begitu sifatnya anak-anak buah PAS kalau dikira dari segi percakapan ahli-ahli dan pemimpin PAS selama ini.Mereka sudah diajar menghargai dan menerima pendapat orang lain dengan meletakkan akal dan didikan agama sebagai asas kepada sebarang keputusan.Namun apa yang berlaku jelas menyimpang sama sekali ! Ajaran siapa ?

 PAS kini bukan sahaja bakal berdepan dengan tindakan di HARAMkan tetapi tindakan perwakilan mereka hampir-hampir menyebabkan Pengerusi Tetap Kamal Ashaari hilang nyawa.Sumber menyatakan beliau telah dikejarkan ke Hospital selepas ucapan tersebut.




BACA Selanjutnya KLIK SINI

Wednesday, September 17, 2014

PAS Import Orang Singapura Iringi Calon #PengkalanKubor @bmspenang @APterkini


Sekarang ini banyak kenderaan luar berada di Pengkalan Kubor. Sebahagian besarnya adalah petugas dan
penyokong parti. Sebahagian lagi adalah pasukan keselamatan dan agensi kerajaan. Tetapi
sebahagian yang lain adalah kumpulan anarkidan subversif yang diupah khas untuk melakukan provokasi agar berlaku pertumpahan darah dan mengganggu
keamanan di Pengkalan Kubor.

Pada 14 September lalu, sebuah kereta yang bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengekori calon PAS di mana-mana sahaja kempen dilakukan. Kedua-dua lelaki yang menaiki kereta tersebut, kelihatan sangat bergaya. Kedua-duanya dipercayai merupakan 'UTUSAN PAP' yang didatangkan oleh DAP untuk melihat apa yang berlaku di Pengkalan Kubor.Sepanjang malam tadi, beberapa berita telah diterima membabitkan kenderaan-kenderaan luar yang didatangkan khas untuk tujuan-tujuan anarkis.

Baca Selanjutnya KLIK SINI





Tuesday, September 16, 2014

#pengkalankubor PAS Cipta rekod buat Padang Segera!! @bmspenang


Terkini dalam kempen PRK N01 Pengkalan Kubor,ada pihak mendakwa Kerajaan Negeri Kelantan telah membina satu padang bola segera dan ianya adalah hasil usaha daripada  Calon Pas tersebut.

Ini adalah satu penipuan lagi di buat oleh pihak Pas untuk mengaburi pengundi din pengkalan kubor. Kita semua tahu bahawa Calon Pas Pengkalan Kubor adalah seorang kontraktor dan bukan anak tempatan, hari ini pihak jentera calon Pas mendakwa mereka telah membina Padang Bola ini untuk kegunaan penduduk tempatan beriadah.

Pelbagai taktik dan cara untuk menipu pengundi dun pengkalan kubor dari segi pembahagian tin biskut dari rumah ke rumah serta serbuk kopi dan hari ini tiba-tiba padang bola menjelma secara magic
dan terdesak untuk menarik pengundi menyokong calon mereka.

Baca Lebih lanjut SILA KLIK SINI 





BONGKAR! Calon PAS # pengkalanKubor Kantoi Ada kilang kayu HARAM @bmspe hang



Menimbulkan tanda tanya ada dakwaan mengatakan bahawa calon Pas pengkalan kubor mempunyai kilang kayu haram yang beroperasi berhampiran rumahnya.Jika benar dakwaan itu, maka pengundi Pengkalan Kubor Wajib menolak individu berkenaan. bukan apa belum jadi YB pon dah tunjuk belang tunjuk dia punya samseng! gagal.mematuhi undang-undang. 
adakah YB sebegini yg diperlukan oleh Orang Pengkalan Kubor? susah sangat ke nk buat keraja Halal? tak pon jenis haram bagi mu halal bagi ku jugak ni.Untuk makluman semua beliau merupakan salah seorangg ahli lembaga koperasi kayuan negeri Kelantan yang tertulis didalam resume beliau.

Monday, September 15, 2014

PasMa untuk jatuhkan Presiden PAS? #pengkalankubor


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mengakui bahawa pentas politik tanahair masa ini semakin menarik dengan lahirnya NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS.

Namun, Nasrudin Hassan juga meragui kewujudan PasMa apabila pertemuan NGO tersebut pada 31 Ogos yang lalu di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu tempohari dikatakan jelas membincangkan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ini mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar.

“Pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Hadi dan malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden PAS.

Kalau TV3, Utusan, RTM Sokong @khalidibrahim , Bermakna Khalid Jahat'


Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.

“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.

@nikabduh Siapa Sebenarnya Pengkianat ? @bmspenang @Apterkini #pengkalankubor


PRESIDEN Pas dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada Pas. Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada dua gerangan yang saling berkerjasama;

1) 2 pengkhianat daripada Adun Pas yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan Pas dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua Adun Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan Pas.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Presiden Pas apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam Pas sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua Adun ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan Presiden? Ada dua pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR dan PR.

PRK #pengkalankubor Isu Royalti Minyak, Takiyuddin Patut Pelempang Nik Aziz Dan Penyokong PAS Dulu sebelum salahkan BN


Kerajaan Barisan Nasional (BN) disarankan supaya tidak membangkitkan isu royalti semasa berkempen dalam PRK N.01 Pengkalan Kubor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada mahkamah jika isu royalti minyak dibincangkan secara mendalam oleh BN.

Jelas Takiyuddin lagi, isu yang berada dalam mahkamah tidak boleh dibincangkan diluar mahkamah apatah lagi untuk dijadikan modal oleh BN disepanjang tempoh masa berkempen.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam satu ucapanya menganggap tuntutan PAS tehadap royalti minyak di negeri itu satu pembohongan dan ia lebih kepada wang ihsan.

AL-Fatihah - Semoga Kamu Tenang di Sana Wahai Sahabat!


Setiausaha Pemuda Umno Parit Buntar, Khairi Suzaili Abu Bakar, 31, maut selepas motosikalnya terbabas di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Seberang Perai Selatan (SPS), hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Khairi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa yang juga anak Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Abu Bakar Md Ali difahamkan menunggang motosikal sendirian dari Batu Maung dalam perjalanan pulang dari kerja ke rumahnya di Taman Abdul Raof Ismail.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa terbabas akibat jalan licin dan hujan sebelum mangsa dikatakan terpelanting ke bahagian pembahagi jalan.

Sesungguhnya Pergi mu tiada penganti. Jasamu akan kami kenang sampai mati.



Wednesday, September 10, 2014

#IsuPasma Masa terbaik Hadi Awang Nyahkan Anwarinas Dalam PAS


Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang patut mengambil peluang keemasan ini untuk memecat mana mana ahli PAS yang mengeluarkan kenyataan berbeza dari keputusan diri nya dan Majlis Syura Ulama terutama sekali barisan pemimpin PAS yang mempunyai rekod tercemar salah laku seks seperti Mat Sabu, Mustafa Ali dan lain lain.

Mereka yang kini di laporkan sedang menjadi barisan kepimpinan PASMA sudah sepatutnya mengisytiharkan diri keluar dari PAS dan berdiri secara asing di atas kapasiti sendiri. Namun di sebaliknya mereka kini mengeluarkan kenyataan berbeza dari apa yang Presiden PAS nyatakan kepada media massa dan umum.PAS mampu berjuang sendiri untuk mencapai cita cita politik mereka.

Laporan Awal Nahas #MH17 @APterkini @bmspenang



THE HAGUE: Laporan awal siasatan nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 menunjukkan pesawat itu pecah di udara akibat kerosakan struktur selepas ditembusi "beberapa objek pada kelajuan tinggi".

Laporan yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) itu juga menyatakan "tiada bukti teknikal atau kesilapan manusia" yang mungkin menyebabkan nahas itu.

Menurut laporan 34 muka surat itu, tiada amaran lisan atau amaran kerosakan sistem pesawat didengar dalam rakaman suara kokpit (kotak hitam) MH17 itu.

Tuesday, September 9, 2014

@ronnieliutk Agongkan Mat Sabu Lekehkan Hadi Awang @APterkini @bmspenang





Kalau bukan Ideologi komunis bukan DAPig namanya Terbaru Exco DAP Selangor
"RONNIE LIU SIFATKAN MAT SABU LEBIH BIJAK DARI HADI AWANG"..!! BIJAK APA KE BENDA RONNIE..!!

Demi mempertahakan amalan Raja Nepotisme,Anwar Ibrahim,DAP dan PKR berterusan menyerang Hadi Awang berikutan kenyataan Hadi Awang yg bertegas mengatakan yg Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor.

Paling biadab apabila Ronnie Liu(DAP)bertindak memandingkan kebijaksanaan Hadi Awang dgn Mat Sabu selain menyifatkan pihak yg menyokong Hadi Awang itu adalah sebahagian elemen tidak masuk akal(gila).

Malah tanpa segan silu,Ronnie Liu menganggap Mat Sabu sebagai tokoh PAS yg jauh lebih jujur dari Hadi Awang..!! IYE KE RONNIE LIU..MAT SABU SEORANG YG JUJUR?