Nuffnang

Thursday, May 29, 2014

@dyanasmd Tidak Bertudung "BOLEH",Sebab Di Masih MUDA-Muslimah PAS, Ajaran apa ni?? @mparitbuntar

lu orang tengoklah sendiri salah satu contoh "mu buat halal, aku buat haram". Kredit to Mak Jemah Junior & Nurul Tomoi.

Wednesday, May 28, 2014

@drbadrulamin Hina Armahum Sultan Azlan Shah


Sebagai manusia yang cukup akal yang di kurniakan Allah S.W.T PBR tak faham langsung apa kena dengan manusia yang kononnya Ustaz ni.  dalam tweet terbaru Badrulamin ni, Apa tujuan BadrulAmin ni menghina kematian Armahum? Apa hubungkait yang BadrulAmin maksudkan "Jasamu dikenang membantu UBN(Umno/Barisan Nasional) rampas  negeri dr PR"
Persoalannya apa tujuan mangkuk ni?

PM Singapura Saman Blogger Fitnah Rasuah


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menolak satu tawaran pampasan `tidak munasabah' oleh seorang penulis blog yang memfitnah beliau sekali gus memberi laluan kepada kemungkinan tuntutan saman."Tawaran klien anda sebanyak Sg5,000 (RM12,784 ) adalah tidak masuk akal dan sama sekali mengabaikan keseriusan kelakuan anak guam anda serta fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa fitnah itu adalah palsu dan berniat jahat,'' kata peguam Hsien Loong, Davinder Singh dalam sepucuk surat kepada penasihat undang-undang blogger Roy Ngerng, Yi Ling, semalam.

D.Y.M.M Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Mangkat




Alfatihah, menurut sumber..Baginda Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah mangkat jam 1.30 petang tadi.. YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar akan membuat pengumuman sebentar lagi. Semoga Allah merahmati Baginda..AMIN.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok. Semoga Roh Armahum Dicucuri Rahmat Allah S.W.T

Monday, May 26, 2014

Islam Liberal sanggup Telan babi demi coklat Cadbury


Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.

Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.

Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.

Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.

@anwaribrahim Bakar sentimen perkauman #prktelukintan #jompilihmah @dyanasmd @bn4prk @APterkini @Utaranews


Nampaknya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain api apabila menggunakan strategi cuba membakar sentimen perkauman ketika berkempen untuk calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Dalam ceramah beliau di Kampung Terengganu, Teluk Intan malam Isnin, Anwar cuba membangkitkan sentimen pengundi Melayu dengan mengatakan Dyana, 27, akan menjadi ahli Parlimen berketurunan Melayu yang pertama bagi Parlimen Teluk Intan jika beliau menang pada PRK 31 Mei ini.

Dalam ceramah di hadapan kira-kira 200 orang masyarakat Melayu tempatan itu, Anwar berkata mereka akan dapat melihat buat kali pertama dalam sejarah kaum sendiri menjadi wakil rakyat di Parlimen itu.‎

“Ini kali pertama Teluk Intan menyaksikan calon Melayu bertanding di kerusi ini.

“Di Teluk Intan ini, di mana kaum Melayu tidak pernah menang, kita sekarang bawa calon kaum Melayu yang muda, berkemampuan.

AL-Fatihah #Paritbuntar Anggota @PDRMsia Meninggal Dunia Dilanggar penjenayah @Utaranews @APterkini



Tragis!! Satu Kes Samun membabitkan Sebuah Van Rokok telah berlaku Pagi ini di Pusat Bandar ,Parit Buntar.menurut sumber, Suspek dipercayai 3 lelaki  menaiki sebuah kereta wish berwarna Silver bernombor pendaftaran WRV5308  melakukan jenayah samun berkenaan . Dipercayai Juga Kereta jenis Honda Civic berwarna biru (Rakan Penyamun) telah merempuh  Dua Orang Anggota Polis URB Kerian yang mengakibatkan Seorang anggota Maut manakala seorang lagi  Cederah Parah.


Suspek dipercayai melarikan diri menghala Ke lor Pongsu. Anggota Polis URB Kerian L/Kpl 169004 Md Azwan disahkan meninggal Dunia Di Jln Matang Jelutung, Bagan Serai, Perak. Mayat Di Laporkan Telah Dibawa Ke Hospital Parit Buntar Untuk bedah Siasat.






Geli! Kicap Ayaq Badan Cicak


Bangkai cicak dalam botol kicap?? Berhati-hatilah kepada penggemar2 kicap di luar sana ye.. Jangan sampai termakan pulak kicap berperisa cicak..

Gadis Terdesak ‘SEWA LELAKI’ Dengan Bayaran RM50 Untuk Temankan Ke Kenduri Kahwin

Pertolongan diperlukan!! 1 June 2014 Ahad.

Perlu seorang lelaki untuk berlakon sebagai bf saya untuk half day.

Saya bayar RM50 sekali makan minum.

Sunday, May 25, 2014

biaDAP #prkbktgelugor @mparitbuntar bersama 1MP 4 ADUN DAP Rayu Undi 50M dari jarak Pusat Mengundi


Misteri MP Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa yang jarang sekali berada di Parit Buntar terungkai apabila hari ini kelihatan kelibat beliau turut bersama MP & ADUN DAP merayu undi utk PRK Bukit Gelugor.

Aduan yang PBR terima dari penyokong Datuk Huan Cheng Guan, Mujahid bersama-sama MP & ADUN DAP merayu undi dikawasan larangan merayu yang ditetapkan oleh SPR iaitu 50 Meter dari Kawasan Tempat mengundi.

Saturday, May 24, 2014

Tarik balik sijil halal jika pengeluar tidak patuh - PPIM


 Tarik balik sijil halal, hantar sampel setiap bulan dan penyiasatan serta penguatkuasaan lebih tegas adalah antara tindakan yang dicadang persatuan pengguna terhadap pengeluar dan peniaga yang mengambil kesempatan menjual produk mengandungi bahan tidak halal kepada umat Islam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu pengeluar dan peniaga menjual produk mengandungi bahan haram bersama produk halal perlu dipandang serius kerana ia melibatkan 60 peratus pengguna Islam negara ini.

Thursday, May 22, 2014

KANTOI ! Cubaan Cetus PROVOKSI Terhadap Pemuda UMNO Berjaya Di Patahkan!! @chegubard @APterkini


1. Cubaan Ahli-ahli SAMMpah dibawah jenama CheguBird membuat provokasi semasa himpunan Bantahan terhadap ADUN Seri Delima, YB Paria Rayes di Dewan DUN Pulau Pinang tidak berjaya. sahabat PBR yang berada dilokasi menceritakan kembali detik-detik berkenaan ketika budak-budak SAMMpah ni cuba buat hal. 

2.Tahniah kembali Kepada Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berjaya menghidu Cubaan Provokasi Murahan Budah SAMMpah ini. Provokasi berjaya dibendung oleh Pemuda UMNO bila melihat konco-konco budak SAMMpah ni yang dilihat cuba setting kedudukan videoman & cameraman untuk menampakkan persepsi buruk terhadap mereka. Ini modal mereka untuk meburukkan Pemuda UMNO 

Tuesday, May 20, 2014

#PRKBukitGelugor Mat Sabu Dicabar Anjur Sesi Penerangan Mengenai Kepentingan Pelaksanaan Hudud @APterkini @Utaranews


Pemimpin Pas Pulau Pinang terutamanya Pesuruhjaya negeri, Mohamad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man dicabar supaya menganjurkan sesi penerangan mengenai kepentingan pelaksanaan hudud di Parlimen Bukit Gelugor.

Ahli Pas kawasan Parit Buntar, Perak, Mohd. Azimi Roslan berkata, sesi penerangan itu bukan sahaja penting tetapi menjadi satu kewajipan ke atas pemimpin sebuah parti Islam.

Beliau mendakwa, dua hari lalu ada pihak tertentu menganjurkan ceramah mengenai bahayanya hudud di kawasan Parlimen itu.

AL-Fatihah Cikgu Man Pendek Sudah Kembali Kerahmatullah

Assalamualaikum

Dengan rasa sedih dan hiba, Husin ingin mengumumkan bekas ahli Dewan Undangn Negeri kedah mewakili Pulau Langkawi, Ismail Yaacob atau lebih terkenal dengan nama Cikgu Man Pendek telah pulang ke rahmatullah pada 6:30 pagi tadi Mei 20hb 2014 di rumahnya di Kg Bendang Baru Langkawi.

Arwah memang sudah lama berhadapan dengan masaalah kesihatan dari penyakit asthma yang agak kronik. Kali terakhir kami berjumpa, beliau memberitahu akan ke Kuala Lumpur untuk ke IJN dalam sebulan dua ini dan kata akan talipon Husin.


Pemergiaannya adalah satu kehilangan besar buat Husin kerana arwah bukan saja seorang pembaca dan peminat blog ini tapi juga turut menyumbang pantun-pantunnya yang amat dikenali. Dari kenalan di blog, kami telah menjadi sahabat dan seorang tua yang amat kami hormati.

Cikgu Man amat senang di dekati kerana dia sangat cali dan tidak kering gusi dengan cerita-cerita jenakanya. Tidak kurang juga dengan kisah-kisah pengalamannya. Tiada lawatan ke Langkawi yang tidak kami guna untuk menziarah arwah.

Kami akan betul-betul rasa kehilangannya dan harap silatulrahim yang terbina berkekalan ke anak-anak dan keluargannya. .

Semuga Allah cucuri rahmat roh ke atas roh beliau dan diletakkan bersama para syuhada sesuai dengan seorang pejuang yang sentiasa tidak pernah lepa dari memikirkan nasib masyarakat setempatnya serta agama, bangsa dan tanah air.

Al Fatihah.

Husin Lempoyang



Post by APT.

Friday, May 16, 2014

#prkbktgelugor PR Salah guna Dewan Orang Ramai @Utaranews @APterkini



GEORGETOWN- Dewan orang ramai yang sepatutnya dijadikan tempat untuk komuniti bermasyarakat disalah guna oleh penyokong pakatan rakyat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor.
Dewan JKKK yang terletak di Persiaran Sungai Gelugor 2 disini bukan sahaja dijadikan markas untuk mereka berkempen malah ia dijadikan bilik gerakan operasi parti Pas bagi membantu rakan sekutu mereka DAP yang bertanding dalam PRK disini.
Tindakan parti itu menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat untuk berpolitik ditentang penduduk tempatan kawasan itu.

Wednesday, May 14, 2014

#prktelukintan Kenali Dyana Sofya Tali Barut taruhan DAP @APterkini @Utaranews


DAP adalah sebuah parti rasis Cina – ini hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang waras di dalam dunia ini.  Biarpun ia mengakui sebagai parti berbilang bangsa, namun ketiadaan wakil kepimpinan dari kaum lain membuktikan bahawa ia sebuah parti rasis.  Malah, DAP adalah jauh lebih rasis dari MCA yang merupakan parti 100% Cina kerana MCA berpegang kepada semangat kerjasama dengan kaum lain di bawah payung Barisan Nasional manakala DAP tidak akan bekerjasama dengan mana-mana kaum bukan Cina melainkan DAP jika mampu menguasai mereka.

Ini terbukti apabila kesemua kaum di dalam DAP perlu mempunyai semangat memperjuangkan kaum Cina serta mengenepikan kesan dan akibat terhadap kaum sendiri.   Contohnya, Professor Ariffin Omar yang baru-baru ini menghentam UiTM sebagai universiti komunis demi untuk memperjuangkan ketuanan Cina.  Dan seorang lagi, ialah Dyana Sofia iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, graduan UiTM yang memperjuangkan UiTM dibuka kepada kaum bukan Melayu.

Mawar Fareeda buat hal lagi!

Rasanya ini bukan pertama kali pembaca dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya. Perkara ini pernah juga terjadi sebelum ini dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia.

Monday, May 12, 2014

#prkbktgelugor Mat Sabu & Mahfuz Penipu !!! Nabi Bux Masih Ahli PAS @Utaranews @APterkini


Salah seorang calon BEBAS yang sebelum ini dinafikan keahliannya dalam PAS oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar, hari ini menunjukkan bukti bahawa kedua-dua pemimpin PAS yang cukup  kuat menjilat Lim Guan Eng itu adalah penipu.

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar sebelum ini dinafikan oleh Mahfuz Omar dan Mat Sabu sebagai ahli PAS, sebaliknya seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600.

Kononnya, Jawatankuasa PAS Pusat telah menyemak keahlian Mohamed Nabi Bux tetapi tidak menemuinya dalam senarai daftar ahli. Sebaliknya yang ditemui adalah keahlian calon BEBAS tersebut di dalam UMNO. 



Sunday, May 11, 2014

Transkrip Ruangbicara Khas bersama @NajibRazak Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-68


Skrip penuh ‘Ruang Bicara Khas BERNAMA TV Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak’, sempena Ulang Tahun UMNO Ke-68, hari ini. Perdana Menteri ditemu ramah oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA TV, Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang, Jamaluddin Muhammad.

Friday, May 9, 2014

Kenyataan Balas Kerajaan Brunei Terhadap Pengkritik Hudud Brunei


Brunei dikecam hebat oleh media barat terutamanya CNN yang mempertikaikan perlaksanaan Undang-undang Hudud di Brunei. Ada sehingga tahap memboikot semua kepentingan Brunei seperti hotel-hotel dan produk keluaran Brunei. Berikut adalah salah satu jawapan balas kerajaan Brunei Terhadap Pengkritik undang-undang Hudud Brunei.

Wednesday, May 7, 2014

Salah Guna Kuasa Yingluck Shinawatra dipecat serta merta @APterkini @utaranews


Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra perlu meletakkan jawatan kerana didapati menyalahguna kuasa.

Mahkamah itu mendapati Yingluck telah bertindak di luar batas undang-undang apabila menukarkan Ketua Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pliensri dua tahun lalu.

Kes terhadap Yingluck difailkan oleh seorang senator selepas mahkamah dua bulan lalu memutuskan pertukaran itu sebagai tidak sah dan pegawai keselamatan itu mesti dikembalikan ke jawatan asalnya.
Penentang Yingluck sebelum ini mendakwa pertukaran itu dibuat bermotifkan politik dan mencabul perlembagaan.

Tuesday, May 6, 2014

Hishamuddin Rais Hasut Rakyat Tumbangkan Kerajaan BN @APterkini @Utaranews


Pakatan Rakyat kini mula menyusun strategi menghasut rakyat supaya menidakkan undang-undang sedia ada dengan melakukan hasutan demi hasutan terhadap rakyat supaya menentang kerajaan yang di pilih secara sah melalui pilihanraya yang diadakan.

Terkini Hatyai Di Bom @Utaranews @APterkini


Info terkini letupan bom di hatyai.

Sebanyak empat lokasi di Hatyai, selatan Thailand dibom kira-kira jam 2.15 petang waktu Thailand.
Lokasi yang terbabit dalam kejadian bom itu termasuk Balai Polis Hatyai, stesen kereta Api hatyai, Universiti Songkhla dan kedai serbaneka Seven Eleven.
Sehingga kini difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Tiada rakyat Malaysia terbabit.

Sunday, May 4, 2014

PPR Parit Haji Wahab Tahniah! @zambryAbdKadir BN Kelepet rakyat #ParitBuntar @muaamarghadafi @Peraktoday


Alhamdulillah Sedap mendengar perihal kerajaan negeri yang sedaya upaya memberikan peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Peluang fasa pertama pembinaan PPR Parit haji Wahab ini bakal memberikan peluang kepada 100 Keluarga untuk memiliki rumah PPR tersebut.PBR Respek habis MB Perak Ini kerana terus berusaha meningkatkan Kualiti Hidup rakyat Parit Buntar.
Keseluruhan projek menelan belanja hampir RM10.5 juta meliputi tanah seluas 11 ekar. Kos tersebut meliputi pengambilan tanah dan kerja-kerja menambak tapak yang menelan belanja lebih kurang RM2.5juta.Apabila siap, kawasan rumah teres setingkat tersebut akan dilengkapi dengan kawasan padang permainan, tapak surau, tapak dewan serbaguna dan tapak kedai. Ia merupakan projek Kerajaan Negeri di bawah peruntukan RMK-10. 

Saturday, May 3, 2014

Buang Penjawat Awam Yang Sertai #BantahGST Retorik Kosong Kerajaan? @AliHamsa55 @Najibrazak @drnovandri @Apterkini @tunfaisal


Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
“Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja”, katanya.Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.