Nuffnang

Wednesday, February 26, 2014

Rafizi Bongkar Ketidak Telusan Dan Kronisme Pakatan Pembangkang?


Akhirnya Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan ketidak telusan di dalam operasi pakatan pembangkang. Sebelum ini mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional kononnya mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan pembahagian projek-projek mega dan pentadbiran.

Tuesday, February 25, 2014

25/2/2014-Senarai Penuh Kawasan Gangguan Bekalan Air di Selangor & Kuala Lumpur

Catuan Air bermula 25 Februari 2014 (Selasa)

Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai hari ini bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

Wednesday, February 19, 2014

@zahid_hamidi kekal wakil rakyat P75 Bagan Datoh @APterkini @Utaranews



19 FEB: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai wakil rakyat bagi penduduk Bagan Datoh, Perak apabila Mahkamah Pilihan Raya pada Selasa menolak petisyen PKR untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan Parlimen berkenaan.

INFO : Pemohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)


Sekadar pengkongsian dari PBR. Ramai Berimpian untuk memiliki rumah impian masing-masing, dari yang bujang sehingga yang mempunyai keluarga sendiri. rumah kediaman adalah salah satu keperluan asas yang mustahak hari ini. Alhamdulillah berkat Insentif kerajaan kita mampu memiliki rumah mampu milik melalui Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia. pemohon boleh memohon secara talian terus skim berkenaan.


Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Tuesday, February 18, 2014

@ErraFaziraWC sah Bercerai talak 1 manakala tuntutan fasakh @n_izzah didengari hari ini

Erra Fazira Sah Bercerai Talah Satu | Pelakon dan juga selebriti tanah air, Erra Fazira disahkan telah bercerai dengan suami keduanya Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan talak satu hari ini.
Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, dan suaminya telah bercerai di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.  

Monday, February 17, 2014

harga rumah Flat di Pulau Pinang tidak masuk dek akal @cmlimguaneng @drnovandri @Utaranews @APterkini


Kerajaan DAP Pulau Pinang Hanya Mahu Menindas Rakyat Miskin Di Pulau Pinang...
 Kenapa Berlakunya Perkara Ini...???
 Kerana Guan Eng Mahu Usir Orang Melayu Yang Kebanyakkannya Tidak Mampu Memiliki Rumah Sendiri...!!! Inilah Sandiwara Guan Eng...?!

Awas! jangan kena tipu dengan pemuzik jalanan Filipina



Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Thursday, February 13, 2014

#prkkajang #kajang 100k hadir beri sokongan @anwaribrahim ceramah Jubur


Kepada generasi Y yang belum kenali Anwar Ibrahim. Inilah pemimpin Keagungan Pakatan rakyat. Bab Ceramah sihat walafiat. Bab kes Liwat boleh taruh tepi dulu, bukan mahu setel cepat-cepat. konon-kononya mahu tonjolkan ada unsur-unsur dari kerajaan BN untuk memasukkaan semula makhluk anugerah tuhan ini ke penjara.  

Tapi jangan risau semua, segala taktik kotor anwar aljuburi ini sudah lama orang dapat detect. Hebat tak? anwar Ibrahim ini sakit bila duduk dalam mahkamah jer. tapi kalau ajak menari ke ajak menyanyi ke konfem naik syeh!! 

so teruskanlaah berlakon sakit ler bang Non. bukan apa, beginalah pe el org salah yang takutkan kebenaran.   100 ribu hadiri ceramah Anwar di Kompleks penghulu Batu 10, jalan cheras Kajang semalam. Ini membuktikan bahawa bekas banduan seperti Anwar memang dinantikan oleh rakyat setempat.



















Wednesday, February 12, 2014

Kerajaan Selangor lancar kereta Camry hanya RM20k @khalid_ibrahim @AzminAli @anwaribrahim


Kerajaan Selangor membeli sejumlah kereta toyota camry model baru bagi menggantikan toyota camry yg dibeli tahun 2008 utk kegunaan para exco mereka.

PM Singapura "Unfriend" Presiden SBY


APA Cerita ni??  Adakah ini juga boleh diketegorikan sabagai Satira politik?? Hurmm nak kena refer tersaCock jugak ni!! apapun layan dulu ini cerita.
Adakah hubungan semakin tegang di antara Singapura dan Indonesia semakin parah apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bertindak meng'unfriend' Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Facebook.

#readbeanarmy bela @teresakok Beri Tawaran RM1500 untuk tampar @ahmadzahidhamidi



#Readbeanarmy tawar RM1500 untuk pelempang DS Ahmad Zahid Hamidi.

Monday, February 10, 2014

Biadap! DAP Edar risalah Kurang Ajar di Majlis Terbuka Tahun Baru Cina Di Taiping


Kandungan Risalah yang diedarkan semasa Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Taiping

Barisan Nasional/UMNO tidak tahu menjaga hak kebebasan beragama,Masalah bahasa dan Sekolah Rendah Cina masih tidak diselesaikan sampai hari ini.
Sudah tiba masanya untuk tidak memilih sebuah kerajaan yang tidak mengotai janji.
Kita mesti terus berusaha untuk berjuang ke depan.Ekonomi milik kita, tahun baharu akan bermula, 
Biarlah kita menyiapkan diri untuk sedia belayar menuju ke depan

Saturday, February 8, 2014

#PRKKajang Sepahtu Juara #MLM 2013 guna lawak Penjara Satey Punggung #Kajang satu penghinaan kepada @anwaribrahim @drnovandri @tunfaisal



Kumpulan Sepahtu yang muncul dengan persembahan cemerlang malam tadi telah diumumkan juara persaingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam yang dihadiri lebih 5,000 penonton.Kemenangan Sepahtu telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas & muzikal.Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Shiro dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Angakara Siapakah ini? Balai Polis Seberang Perai Di Baling BOM?? @PDRMsia @BeritaTV3




Kejadian hari ini, 8/2/14  jam 4.50 pagi  ketika anggota polis yg sedang melakukan rondaan di kawasan balai terdengar satu letupan dibahagian porch balai Bukit Tengah, Pulau Pinang dan buat pemeriksaan dapati bahagian siling dan cermin pejabat pertanyaan dan cermin pejabat KPB telah pecah, dipercayai telah dibaling dengan bahan letupan.Menurut anggota yang bertugas beliau terdengar bunyi motorsikal beredar dgn cepat memecut berlalu dihadapan balai dipercayai menuju ke arah jalan Bahru Perai.

TERKINI : Taib Umum Undur Diri. Rangka Pelan Peralihan Kuasa @najibrazak @dzainalabidin @tunfasial


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud umumkan pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri selepas mesyuarat negerj sebentar tadi.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat. Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfie Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur dari jawatannya dan akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa "dua hari lagi".

Friday, February 7, 2014

Pulau Pinang Darul TAHI!! @IWKComms dipalit 'najis' tangan ghaib kerajaan negeri


Isu pencemaran air di Batu Feringgi telah membuktikan slogan Bersih dan Hijau yang dicanangkan kerajaan negeri P.Pinang pimpinan DAP tidak boleh dipakai langsung.

Tiada tindakan pro aktif diambil oleh kerajaan negeri setakat ini dalam isu pencemaran Batu Feringgi.Guan Eng langsung tidak mengarahkan jentera di bawah pimpinan kerajaannya bertindak segera dalam hal ini.

Harga Rumah cekik Darah Untuk Rakyat Sungai Bakap, Pulau Pinang. Mampukah Melayu Beli? @dzainalabidin @drnovandri @JaharaHamid @najibrazak



Sperti semua sedia maklum bahawa Melayu sudah tidak mampu lagi membeli hartanah di Kawasan Pulau, Pulau Pinang dengan dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang membuka seluas mungkin tanpa sekatan kepada warga asing dan tanpa Kuota polarisasi kaum. kebanyakkan hartanah yang dihasilkan sudah tiada lagi kuota untuk BUMIputra? Dasar yang makin mengcengkam Orang Melayu Pulau Pinang.

Thursday, February 6, 2014

jika @teresakok dickhead boleh bergurau kasar, Kenapa @paritbuntarR tidak boleh?



Ahli parlimen DAP, Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.

Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.

Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan “penindasan politik”.

Wednesday, February 5, 2014

Adakah Kemungkinan Debu Gunung Sinabung Merebak Ke Malaysia ?




Angin yang bertiup dari arah barat laut boleh mengakibatkan debu gunung berapi Sinabung di Indonesia bergerak ke selatan Semenanjung Malaysia yang boleh mengganggu operasi penerbangan dan mengurangkan jarak kelihatan.

Tuesday, February 4, 2014

TERKINI Hilang kepercayaan terhadap @anwaribrahim, ADUN Hutan Melintang tinggalkan PKR?? @MBnizar @Drnovandri @tunfaisal @Utaranews


Hangat dari pasaran, Adun Hutan Melintang YB Kesavan istihar Keluar PKR, Dan istihar sebagai Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional. Krisis Kepincangan PKR jelas tersembul lagi bilamana Yb berkenaan mengambil keputusan mengejut.

@teressakok claim @PDRMsia buat kerja tak betul mengenai video kontroversi

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang berdepan kemungkinan disiasat polis ekoran isu video klip Tahun Baru Cina menuduh polis mengamalkan dwi standard sekiranya menyiasat video membabitkan beliau yang mula mencetuskan kontroversi.


Alasan beliau, polis tidak menyiasat kenyataan pemimpin Barisan Nasional dan blogger-blogger UMNO yang disifatkannya menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Beliau turut menafikan klip video terbitan beliau sempena Tahun Baru Cina bersifat rasis dan biadap kepada masyarakat Melayu.

Dalam satu kenyataan Isnin, Teresa menafikan dakwaan beliau mengungkit insiden pencerobohan berdarah Lahad Datu, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan merendahkan martabat kaum Melayu dalam klip video “Onederful Malaysia” itu.

Saturday, February 1, 2014

NGERI! LELAKI MAUT KETIKA MAIN MERCUN SEMPENA TAHUN BARU CINA



Kalau dulu, jarang-jarang kita dengar berita kecelakaan ketika Sambutan Tahun Baru Cina akibat bermain mercun. Putus jari, rumah terbakar, mercun meletup dalam poket seluar, semua kejadian boleh dikatakan berlaku ketika bulan puasa atau ketika sambutan Hari Raya.