Nuffnang

Tuesday, August 26, 2014

#krisisMB Pas mungkin pecat keahlian dua ADUN


JOHOR BAHRU 25 Ogos - Tindakan sewajarnya patut dikenakan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan pucuk pimpinan dalam memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, beliau tidak menolak tindakan pemecatan akan dibuat terhadap kedua-dua wakil rakyat berkenaan iaitu ADUN Hulu Ke-lang, Saari Sungib dan ADUN Mo-rib, Hasnul Baharuddin namun perkara tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas.

"Dalam kita berorganisasi, apabila pemimpin terbabit terlalu lantang dan bertindak mendahului pucuk pemimpin, ini menunjukkan mereka tidak patuh de-ngan disiplin parti.

"Maka dalam hal ini Saari dan Hasnul memang wajar dikenakan tindakan termasuk dipecat. Apa pun kita tunggu jawatankuasa disiplin parti untuk melakukan yang terbaik kepada kedua-dua mereka," katanya ketika dihubu-ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sebelum ini, Saari dan Hasnul menyatakan pendirian mereka yang menyokong keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibarhim dengan Wan Azizah walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Mahfodz berkata, hukuman yang bakal dikenakan terhadap kedua-dua ADUN Pas Selangor itu diharap menjadi pengajaran dan peringatan kepada pemimpin-pemimpin lain dalam parti itu agar tidak mendahului pucuk pimpinan.





1 comment:

  1. oh datuk dr mahfod, silap hari bulan ente yang kena pecat buat kenyataan tu, Dewan ulama tak ada kuasa memecat, poooorah, AJK PAS pusat yang ada kuasa, kami dah boleh pecat hj. hadi, nik aziz pun kalau kami mau , kami ada 27 majariti undi untuk pecat siapa saja lah, menyalak lah sampai kiamat pun, nik aziz pun buat U turn bila kami gertak!!!! ni setakat PAS johor yang x pernah menang pun.Unta tunggu , JPP Pas puisat akan buat usul pecat ente bila datang mesyuarat JPP seterusnya.

    ReplyDelete