Nuffnang

Tuesday, December 31, 2013

#RPDM31D peserta demo ditahan Bom buatan sendiri ditemui @PDRMsia @NajibRazak @Zahid_hamidi

T-SHIRT PROVOKASI SERTA BOM BUATAN SENDIRI ANTARA DIRAMPAS : Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang mencurigakan dalam aksi kejar-mengejar di sekitar ampang. Hasil pemeriksaan lanjut, sebatang paip disyaki bom buatan sendiri bersama mercun botol bersumbu telah dijumpai bersama suspek.


Monday, December 30, 2013

Micheal Schumacher Koma selepas jatuh bermain ski



Legenda Formula Satu, Michael Schumacher, koma selepas jatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps, Perancis/

Hospital yang merawat Schumacher (44) mengatakan pemegang tujuh gelaran Formula Satu itu menderita trauma serius pada otak. "Diperlukan operasi bedah saraf," kata kenyataan dari hospital di Grenoble, di bahagian tenggara Perancis.

Schumacher jatuh ketika bermain ski di luar lintasan (off-piste) di resort Meribel, Di hospital Grenoble, dia diawasi oleh pakar kecederaan otak dan tulang belakang, Profesor Gerard Sailant.

Budak 6 tahun koma terjatuh 30 meter dari buaian ‘Euro Wheel’ Kerajaan DAPig Pulau Pinang Jangan Dok Buat DIam ! @cmlimguaneng




Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian ‘Euro Wheel‘ di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.

Bantuan Persekolahan 2014 RM 100 Mula Diagih Januari 15

5.4 juta pelajar sekolah rendah, menengah bakal nikmati manfaat daripada peruntukan RM540 juta

Bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan mula diagihkan selepas 15 Januari depan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara itu hari ini.

Thursday, December 26, 2013

Borang Permohonan Tingkatan 1 2014 Asrama 1Malaysia


Kalau Tidak Serah Diri, Kami Cari Sampai Dapat!



Sila serah diri!

SHAH ALAM  - Polis masih memberi peluang kepada  pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama  Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan  pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember  ini.

Berita Palsu Ikan Naik Pelantar Minyak Di Terengganu Tersebar @APterkini

Berita palsu ikan naik Pelantar Minyak sekitar perairan di Terengganu tersebar. Pada 25 Disember 2013, kecoh dilaman sosial apabila telah berlakunya fenomena ribuan ikan naik ke pelantar minyak justeru menggemparkan pekerja disitu. Menerusi khabar tersebut yang disertakan sekeping foto,

@TeoNieChing Kenapa Tidak Ada Satu Pun Calon Melayu/Islam Dalam AJK Wanita @dapmalaysia #Penang ? @dzainalabidin

Kenyataan Media oleh Setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching pada 26hb Disember 2013 di Kuala Lumpur:

Saya ingin mengumumkan bahawa Konvensyen Biasa Wanita DAP Pulau Pinang 2014 akan berlangsung pada 5hb Januari 2014 (Ahad), jam 9.00 pagi di Ixora Hotel Prai, Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.



Seramai 300 orang wakil dari seluruh negeri Pulau Pinang berlayak hadir dan mengundi dalam konvensyen ini.

Antara agenda yang paling utama adalah pemilihan 15 orang ahli jawatankuasa negeri bagi penggal 2014/15. Senarai calon adalah seperti berikut:

1. Chong Pei Pei
2. Fam Lee Chyons
3. Goh Ai Moy
4. Josephine Tan Mei Ling
5. Kasthuriraani a/p Patto
6. Koay Gaik Kee
7. Lim Siew Khim
8. Loo Feui Fern
9. Mangaleswary a/p V.Kumarasamy
10. Pushpavalli a/p Subben
11. Rajaletchimee a/p Krishnan
12. Saw Bee Ling
13. Saw Gim Peck
14. Tan Cheai Peng
15. Tan Poh See
16. Tan Xin Ying
17. Tan Yong Bee
18. Tang Sai Ngoh
19. Wong Oi Kharm
20. Yap Soo Huey

Selain itu, konvensyen akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung parti merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.

Dengan ini saya juga ingin menasihat semua wakil supaya meluangkan masa untuk menghadiri ke konvensyen ini.

Teo Nie Ching

TERBUKTI!! tidak ada  Satu calon Melayu/Islam , macam mana DAP boleh kata mereka parti yang mewakili semua kaum?


Wednesday, December 25, 2013

Ancaman GULING KERAJAAN PERKASA KERIAN Buat Laporan POLIS !! @muaamarghadafi @mparitbuntar @khairykj @azwanbro

Pergerakan PERKASA KERIAN di ketuai Ketua Wira Perkasa Sdr Shahril Anuar Mat Halili petang tadi telah membuat satu laporan polis di IPD Bagan Serai untuk mendesak supaya satu siasatan di lakukan ke atas tindakan berupa ancaman untuk menggulingkan kerajaan yang telah di rancang akan di adakan pada 31 Disember 2013 nanti.

Tuesday, December 24, 2013

Seleweng Wang Tabung Haji!! @azeezputra diFITNAH Pakatan Rakyat @APterkini @NajibRazak @KhairyKj @azwanbro


Entri terbaru dari brader dari Puak Pakatan fitnah yang mengunakan Facebook Bernama Zack Rahim ini menfitnah terang terangan terhadap Ahli Parlimen Baling, Dato' Azeez Abdul Rahim merangkap Pengerusi Tabung Haji Malaysia mengenai Salah guna Wang Tabung Haji! Astagfirullahalazim bro!!
Kau menfitnah tanpa bukti bro!! jangan main sedap jer cakap! ini fitnah!

Mangsa pertama "Gestapo" Pulau PInang? @dzainalabidin @jaharahusin @Najibrazak @APterkini



Rakan dan wakil rakyat DAP di sebelah Lim Guan Eng ini berdepan dengan laporan polis daripada seorang rakyat kaum India.  

Sungguh mengejutkan kerana lelaki itu mendakwa telah dipukul oleh wakil rakyat DAP. Lihat printscreen di bawah : 



Mangsa bukan sahaja terpaksa menunggu selama 2 jam tetapi dianiaya oleh wakil rakyat DAP. 

Sebelum ini ada wakil rakyat yang menghina pekerja MPPP dengan menggelar mereka kucing kurap. Apakah ini sifat dan sikap biadap yang bersarang di dalam parti DAP?

Kita tunggu keputusan penyiasatan pihak polis.

MIM

Gestapo Pulau Pinang punya kerja kah ni???????





usah tunding jari!! UMNO & PERKASA mainkan peranan tersendiri @khairykj @azwanbro @APterkini

 Naib Ketua Pemuda UMNO, Sdr khairul Azwan Harun

UMNO akan terus memainkan peranannya berjuang untuk orang Melayu dan Bumiputera dan menghormati peranan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut berjuang dengan agenda yang sama, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Dalang Longgokan 250 tan sampah dikenal pasti & ditamatkan kontrak sertamerta

Syarikat Umpan Jaya yang bertanggungjawab longgokan timbunan sampah di MRR2


 

Monday, December 23, 2013

Thursday, December 19, 2013

JOM semak Keputusan PMR Online





Semakan Online Keputusan PMR 2013 - Seperti yang anda sedia maklum, keputusan PMR 2013 akan diumumkan secara rasminya pada Khamis, 19 Disember 2013.
.Semua calon PMR boleh mula mengambil slip keputusan PMR 2013 di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.

Selain itu, bagi calon yang tidak sabar mengetahui keputusan yang berjaya diperolehi, cara paling pantas untuk mendapatkan keputusan ialah dengan membuat secara Online atau SMS.

Sebagai panduan, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan keputusan PMR 2013 secara Online atau SMS.

Terkini : Suspek Hasut Himpunan Gulingkan Kerajaan dicari @PDRMsia @APterkini




Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember akan datang tampil segera membantu siasatan.

Pihak Polis memerlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

Pihak Polis memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 *C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan.





TERKINI !!! SENARAI 13 BARANG KAWALAN SEMPENA HARI KRIMAS 2013

SENARAI 13 BARANG KAWALAN SEMPENA HARI KRIMAS 2013

Senarai barang kawalan. Krimas 2013. Barang kawalan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menguatkuasa Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2013 terhadap 13 jenis barang kawalan sempena perayaan Krismas pada 25 Disember ini.


Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penguatkuasaan skim itu yang diadakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Jom lihat senarai harga barang kawalan 2013.

Menurutnya, harga maksimum itu ditentukan bagi 146 daerah di seluruh negara termasuk 32 daerah di Sarawak dan 24 daerah di Sabah serta satu kawasan di Wilayah Persekutuan.



~P/S hurmm kenapa saban tahun setiap kali menjelang mana-mana perayaan besar negara mesti timbul masalah ada pihak cuba membuat Onar mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan???

adakah Kerajaan tidak tegas dalam hal ini?? 



Mana kesahihan @Dayang_kuI hukum kerajaan BN BANNED Retis A.K.A Calon PR?? @rozaidijamil @najibrazak



Nak terkejut tu takdalaah melihat kelibat Yb Pengerang tak jadi, tak lain tak bukan Si Dayangku Intan ini beraksi pada majlis AIM 2013 yang lalu, seorang penyanyi yang pernah bertanding atas tiket PKR. Dayangku Intan telah membuat persebahan penutup bersama "otai" yang lain seperti Jay Jay, Khadijah Ibrahim dan Zainal Abidin

Wednesday, December 18, 2013

Lebuhraya Lembah Klang Milik Syarikat Kerajaan Negeri Selangor @APterkini @anwaribrhim @afifbahardin @tunfaisal

Antara fakta dan auta, semestinya auta yang paling diminati sebab ia banyak berunsurkan maki hamun kepada pihak kerajaan Barisan Nasional walaupun secara faktanya apa yang dipertikaikan kebanyakan tidak benar.

Usahlah kita jadi sebahagian daripada orang-orang yang gemar membuat kritikan lantang tanpa membuat research terlebih dahulu.



Tuesday, December 17, 2013

iNFO : Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia - Al- Fatihah.


Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter beliau memaklumkan yang aktress veteran Azean Irdawaty telah kembali ke rahmatullah.Menurut sumber kami, Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita Harian sekitar pukul 8.00 malam tadi melaporkan yang aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat. - Lapor Rotikaya.com


LAGI luahan hati Ustaz Kazim

Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.

Monday, December 16, 2013

Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Daun Ketum


KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.

Keputusan PMR 19 Disember 2013



KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.

MANDELA Hargai Jasa Malaysia @NajibRazak @limkokwing @tun_mahathir

TIDAK pernah terlintas di fikiran pengasas Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), PROFESOR EMERITUS TAN SRI DR. LIM KOK WING bahawa beliau akan menjadi individu bertuah yang dapat bekerja bersama-sama ikon antiaparteid, Nelson Mandela.

KENAIKAN TAMBANG. DI ANTARA SPAD,PENGUSAHA DAN RAKYAT @syedhamidalba @aduanSPAD


Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam yang terdiri daripada rel, teksi, bas kini telah mendesak pihak SPAD untuk mengumumkan kenaikan tambang. Sebagai suruhanjaya yang bertanggungjawab, bukan sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan bagi pihak SPAD apabila kepentingan rakyat didahulukan. Kepentingan rakyat yang diberi perhatian juga termasuk kepentingan pengusaha-pengusaha pengangkutan awam di sampingkepentingan pengguna kerana pengusaha adalah rakyat juga.

Penjelasan KWSP Isu Bantuan Wang Kematian RM2500 Yang Digembar Gemburkan Ketika Ini




KWSP nafi tak beri RM2,500 kepada waris ahli yang mati

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan yang kini tersebar melalui e-mel yang kononnya agensi itu gagal memberi bantuan sebanyak RM2,500 kepada ramai waris ahli KWSP yang meninggal dunia.

Caj masuk tandas awam pantai Kelulut cekik darah



Caj masuk tandas awam cekik darah

 Pelancong merungut caj tinggi yang dikenakan masuk ke tandas awam di Pantai Kelulut.

Sunday, December 15, 2013

INFO : Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai! Sebarkan!!


PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP!

Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP, mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).

@anwaribrahim rancang perhimpunan anti GST. @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Pihak Berkuasa digesa bertinda segera menghalang rancangan terbaru @anwaribrahim untuk mengadakan perhimpunn anti GST yang dikhabarkan bakal dilaksanakan Tahun hadapan. Presiden GAPS, Hamidzuan Khairuddin berkata,, pihak berkuasa perlu mengambil tindakkan kepada sesiapa sahaja yang didapati cuba mengcetuskan huru hara akibat perhimpunan tersebut.

kita semua cukup jelas mengetahui bahawa cukai GST yang bakal terlaksana nanti lebih murah berbanding cukai jualan yang sedia ada iaitu cukai jualan dan perkhidmatan dan @anwaribrahim  dinampak masih berpura-pura dalam soal percukaian walaupun pernah menjadi menteri kewangan negara suatu masa dahulu.

beliau mengulas lagi mengenai kenyataan S Nallakarupan semalam yang mendakwa anwar merancang untuk menganjurkan perhimpunan bagi menghasut rakyat menolak perlaksanaan GST pada 20 disember ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Syiah : KDN Bakal Serah Semua Bukti Mat Sabu kepada Jakim




BAGAN DATOH 15 Dis - Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

SUBHANALLAH!!! Gambar Salji Turun Di Mesir dan Palestin [SAKSIKAN...]



Subhanallah, Kuasa Allah siapa yang sangka, negara Mesir sebuah negara yang beriklim panas, kini dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun. Begitu juga di negara Palestinsalji turun jugak di negara tersebut.

Penguna Waze Tinggi Di Malaysia


KUALA LUMPUR – Selepas memperoleh momentum kukuh di Malaysia, aplikasi mudah alih navigasi trafik Waze Ltd merancang mengukuhkan kedudukannya di sini dengan bekerjasama bersama agensi kerajaan, perniagaan tempatan dan syarikat media.
Malaysia ketika ini merupakan satu daripada lima pasaran utama di dunia bagi Waze, kata Pengarah Kanan Komunikasinya, Julie Mossler.

Bercakap kepada pemberita pada taklimat media beliau berkata orang Malaysia selesa dengan teknologi mudah alih dengan jumlah pengguna aktif Waze di sini meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada 1.5 juta pada Oktober daripada kira-kira 600,000 pada Februari.
Syarikat itu yang dibeli oleh Google Inc pada Jun dengan harga US$966 juta, memperoleh niaga janji dengan Astro Malaysia Holdings Bhd.

Pengendali TV berbayar itu dijangka menawarkan maklumat trafik masa sebenar kepada penonton pada awal 2014, katanya.
Ini akan menjadikan Malaysia sebagai pasaran ketiga bagi Waze selepas AS dan Mexico untuk bekerjasama dengan badan penyiar.
Selain itu, katanya, Waze juga ketika ini sedang berbincang dengan agensi kerajaan Indonesia dan beberapa syarikat telekomunikasi di Filipina, sambil menambah ia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun Mossler enggan mendedahkan unjuran pertumbuhan jumlah pengguna Malaysia, beliau berkata syarikat itu akan terus memanfaatkan momentum di sini bagi memacu pertumbuhannya di seluruh dunia.
Aplikasi Waze, yang semakin popular dan mempunyai 50 juta pengguna semasa ia dibeli oleh Google, membantu pemandu mencari laluan paling pantas dengan maklumat trafik masa sebenar. 

Friday, December 13, 2013

Sebarkan!! Borang Bantuan Yuran Taska RM250 Sebulan Bajet 2014 Online @NajibRazak @APterkini @SharizatJalil


Borang bantuan permohonan Yuran Taska RM250 sebulan bajet 2014 online. Bantuan Yuran Pengasuhan Taska 2014 yang telah diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2014, hanya akan disalurkan kepada kanak-kanak yang dihantar ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut adalah syarat kelayakan dan cara dapatkan borang permohonan bantuan yuran taska RM250 sebulan.

Syarat Kelayakan Bantuan Yuran Taska 2014


Warganegara Malaysia
Kanak-kanak yang dihantar ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Taska yang tidak berdaftar dengan JKM tidak akan disalurkan bantuan
Ibu-bapa yang berpendapatan kurang daripada RM900 sebulan
Borang Bantuan Yuran Taska Bajet 2014 Online

Sila dapatkan borang bantuan Yuran Taska di laman http://www.jkm.gov.my/

Nota Penting: Ibu bapa yang layak harus mengemukakan permohonan dan borang boleh didapatkan dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang JKM.





GEMPAR!!! full gambar Pelajar Maahad Tahfiz Di Kelantan Gantung Diri


Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Semakan Keputusan Penempatan Murid Berkeperluan Khas 2014

Semakan Keputusan Penempatan Murid Berkeperluan Khas 2014. Menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 dan 4 Murid Berkeperluan Khas 2014 telah dibuka mulai 11 Disember 2013 sehingga 17 Disember 2013. Berikut adalah cara semakan penempatan murid berkeperluan khas 2014 secara online.


Semakan Keputusan Penempatan Murid Berkeperluan Khas 2014 Online



Panas!!! Kenyataan KP Wilayah @RazlanRafii Bikin SPAD Sentap??? @NajibRazak @KhairyKJ @AduanSPAD @SyedHamidAlbar




KENYATAAN MEDIA 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 

KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT 

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna. 

Wednesday, December 11, 2013

@cmlinguaneng Bapak RASIS!! peniaga Melayu di aniaya di Bagan Ajam! @drzainalabidin @APterkini


Sebelum Ini Gua Eng mengelar secara terbuka Ketua Pembangkang Pulau Pinang  si Nenek Tua yang rasis. setelah mendapat penjelasan YB Jahara berkenaan hal demikian PBR mendapati  bapak segala rasis sebenar adalah Lim Gua Eng.

masalah bermula apabila YB Jahara mempertahankan hak penjaja Melayu di pantai Bersih. kita mempersoalkan mengenai keadilan untuk semua bukan sesetengah. mengapa Gua Eng bertindak berat sebelah hanya mengambil tindakan terhadap  penjaja melayu? adakah mempersoalkan tindakan berat se dan tidak mengambil tindakan untuk semua?? adakah helah babi disebalik batu??  kerajaan DAP ini sebenarnya rasis.

@cmlimguaneng enggan minta maaf! @datoJahara nenek tua yang Rasis!



Ketua pembangkang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang melabelnya "racist grandmother" atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.

Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

"Lim tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.

Tuesday, December 10, 2013

Pusara Ahmad Ammar Selepas 36 Hari Pemergiannya si syahid tertangguh


HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.
Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.
Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Baby Melecur Mungkin tersilap beri vaksin ; (




Hari ini para ibu bapa digemparkan dengan gambar seorang bayi dengan keadaan belakang badannya yang melecur seolah-olah terbakar sehingga kulitnya menjadi seperti melecur akibat dibakar.


Menurut ibu bayi itu, Zulaikha Haris berkata, pada mulanya bayinya itu tidak menunjukkan sebarang kesan perubahan fizikalnya selepas disuntik pada 5 Disember lepas. Tetapi si kecil asyik menangis dari petang sampai ke malam.

"Pada keesokan harinya, bila saya nak lap badan dia tengok satu tompok seperti dibakar, bila dipegang memang rasa panas sampai pergi ke klinik pakar kanak-kanak pun tak berani nak check sehingga buat surat untuk hantar bayi ke hospital,” katanya.

Bayi yang tidak didedahkan namanya itu kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan terpaksa dimasukkan ke wad.

Monday, December 9, 2013

13 Pelatih Komando Hilang DitemuiSelamat di Pantai Kundur.

13 Pelatih Komando Hilang Ditemui Selamat di Pantai Kundur. Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi.


SALUTE!!! Kesungguhan Tengku Puan Pahang Membantu Rakyat Harus Dicontohi!




KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup mencemar duli, meninggalkan keselesaan istana demi bersama-sama rakyat di pusat pemindahan banjir.Kehadiran Tengku Puan pula bukan sekadar meninjau keadaan tetapi turut serta membuat kerja kebajikan termasuk memasak, mengagihkan makanan dan mengenalpasti masalah yang timbul.